Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) sudah pun membuka tirai pada Jumaat.

Minggu pertama menyaksikan kumpulan Leklu yang dianggotai oleh Lan Solo, Jaly School of Lawak dan Lewan Lopez menjadi bintang yang tersingkir.

BACA: Markah Penuh MLS2: Leklu Tersingkir, Lan Solo Hanya Sempat Rasa Minggu Pertama

Selain persembahan, banyak perkara berlaku sepanjang MLS2 bersiaran.

Berikut merupakan antara corat-coret MLS2 di minggu pertama.

1. Ramai yang puji persembahan pembukaan MLS2, dimulakan dengan nyanyian juara GV6, Naqiu sebelum dinyanyikan oleh bintang-bintang MLS2 penuh bergaya.

2. Lawak bila pengacara MLS2, Elly Mazlein buat cubaan konon-konon menggedik dengan juri tetap, Zul Ariffin.

3. Hot mama Fazura jadi perhatian, ramai yang terpukau melihat kecantikan isteri pelakon Fattah Amin itu. Lebih istimewa lagi ini kemunculan pertama Fazura selepas bersalin.

4. Ramai yang kata walaupun Fazura kelihatan sedikit berisi namun tetap comel. Haih tak pernah tak cantik Faz ni kan.



5. ”Kakak tak kuat dikkkk,” kata Elly selepas melihat Zul dan Datuk Awie duduk di meja juri.

6. Paling lucu bila Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ini gagap ketika memulakan bicara dengan Zul. Satu hall gelak okay!

7. Belum mula lagi MLS2, Zul sudah mengekek ketawa melihat gelagat Kak Lina.

8. Ramai yang tak sangka anggota kumpulan Teruna, Din Latah rupanya memang melatah.

9. Syura mengundang tawa penonton apabila meniru suara dan gaya Kak Lina Pom. “Sedap tak dhikkkkk,” ajuknya.

10. Fuh bukan main lawak ya anggota kumpulan Viral, pelakon Roy Azman ni! Ramai yang dah mula suka dekat Roy.

11. Dek kerana terlalu kelakar, Zul ketawa sehingga keluar air mata sewaktu menonton persembahan Viral.

12. Nabil gelak melihat Azmi iaitu anggota kumpulan Heart meniru gayanya ketawa.

13. Azmi tergolek sewaktu nak duduk di atas kerusi. Bagaimanapun dia sendiri ketawa dengan kejadian itu.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.