Majlis resepsi yang bertemakan Raikan Cinta di Langit Asmara menyaksikan momen manis pasangan Haqiem Rusli bersama ratunya, Anis Sofea.

Memilih hari pernikahan pada petang Jumaat tanggal 19 November 2021, kedua mempelai ini mengucapkan rasa syukur perjalanan mereka untuk menghalalkan hubungan dipermudahkan Allah.

Berpeluang menghadiri resepsi indah pasangan Haqiem dan Sofea, ini antara beberapa momen menarik berlaku sepanjang majlis yang berlangsung pada Jumaat malam.

1. Kalau nak tahu dewan resepsi ini dihiasi dengan dekorasi cantik diberi nama The Sofea yang diinspirasikan daripada tema Floral Garden.

2. Romantiknya! Haqiem memasuki dewan dan menyanyikan lagu single terbaharu berjudul Hitam Saksi Putih khas buat Sofea.

3. Haqiem menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan sebelum melutut sambil memegang tangan isterinya.

Sofea pula tersipu-sipu malu melihat gelagat suaminya. Kedua-dua mempelai kemudiannya berjalan menuju ke pelamin sambil berpegangan tangan.

4. Majlis ini dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan. Haqiem juga telah memohon maaf dari awal kepada kenalan yang tidak menerima jemputan kerana memberi keutamaan kepada keluarga terlebih dahulu.

5. Ada hiasan bunga terbalik kerana dilanggar oleh seorang individu yang bertugas menguruskan resepsi Haqiem, bagaimanpun hiasan tersebut diletakkan kembali ke tempat asal oleh rakan petugas tersebut.

Biasalah, nak pastikan semua berjalan lancar kadang-kadang sibuk ke hulu ke hilir sampai tak perasan kan. No worries small matters je.

6. Haqiem dengan pantas membetulkan bahagian bawah dress Sofea yang komot sewaktu isterinya duduk di atas pelamin. Sweet sangat Haqiem ni.

7. Majlis resepsi ini juga dihadiri kawan baik Haqiem iaitu Luqman Faiz, Sufian Suhaimi dan Asad Motawh. Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan nyanyian Luqman dan juga Sufian.

8. Kek kahwin pasangan ini agak unik kerana tidak mempunyai bahagian kepala sebaliknya hanya bahagian badan sahaja yang direka khas.


9. Sewaktu menyampaikan lagu permintaan Sofea secara spontan atas pelamin, Haqiem tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata.

10. Sofea yang tidak menjangkakan situasi itu terus mengusap lembut bahu dan belakang Haqiem untuk menenangkan suaminya. Awwwwwwww…


11. Sofea ini memang tinggi orangnya, bukan sebab pakai kasut sahaja tau. Oh dan sangat lemah lembut orangnya.

12. Sofea juga mula menjadi perhatian kerana wajahnya dikatakan mirip pelakon Hanis Zalikha. Tutur kata Sofea juga sangat sopan ya. Patutlah Haqiem terpikat, pandai pilih calon ya hehehe.


13. Majlis pernikahan dan resepsi Haqiem dan Sofea juga diserikan dengan barangan kemas dari Habib Jewels termasuklah aksesori berlian bernilai RM5 juta.

14. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta.

BACA: Dengan Dua Kali Lafaz, Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami Anis Sofea

Terdahulu, Haqiem dan Sofea mula menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan dan mula rapat ketika bersama-sama menguruskan perniagaan restoran milik mereka.