Laman Utama
Corat-Coret Tikam: Intan Najuwa Kuat Makan, Ben Amir Hantu Kopi & Fahrin Ahmad Kaki Mengusik
Drama Tikam merupakan drama baharu di bawah penjenamaan Gempak Original Series.
Mengangkat genre jenayah thriller, Tikam menampilkan pelakon hebat antaranya Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa, Ellyas Abdullah dan Jasmin Hamid.
Drama terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh pengarah prolifik Michael Ang yang juga bertindak selaku penerbit di samping turut menjayakan watak sebagai pelakon pembantu.
Selain Michael, Tikam juga turut mendapat sentuhan Hadith Omar selaku pengarah bersama.
Walaupun baru episod pertama bersiaran sebelum ini, namun Tikam berjaya menarik perhatian penonton.
Di sini Gempak kongsikan momen-momen menarik di sebalik tabir Tikam.
1. Naskhah Tikam ialah projek pertama pelakon Intan Najuwa dengan pengarah prolifik, Michael Ang.
Sebelum ini, mereka hampir bekerjasama menerusi dua buah projek yang berlainan, namun hasrat tersebut tidak dapat diteruskan seperti yang telah dirancang
2. Selepas dua tahun berehat dari dunia lakonan, Josiah Lim yang memegang watak sebagai Ed dan Ellyas Abdullah sebagai Sap membuat kemunculan semula buat pertama kali menerusi naskhah Tikam.
3. Intan Najuwa merupakan salah seorang teraju utama dalam drama Tikam yang menyandang watak sebagai Akma.
Sebagai kelainan, Michael Ang juga turut memeriahkan drama ini bagi menjayakan watak sebagai ‘Mike’ selain bertindak sebagai pengarah bersama di samping Hadith Omar.
4. Walaupun Intan Najuwa yang memegang watak sebagai Akma dalam drama ini memiliki susuk tubuh yang kecil, namun sebenarnya dia seorang yang paling kuat makan.
Setiap kali berada di set penggambaran, Intan akan membuat pesanan makanan di Grab sekurang-kurangnya tiga kali pada satu masa.
5. Fahrin Ahmad yang memegang watak utama sebagai Shahrol amat disenangi kerana personalitinya yang suka mengusik untuk menceriakan para pelakon yang lain sewaktu di set penggambaran.
6. Keseluruhan penggambaran telah dijalankan secara tertutup di Phileo Damansara dan mengambil masa 12 hari untuk diselesaikan.
7. Ben Amir yang menjayakan watak sebagai NJ adalah seorang penggemar minuman kopi yang tegar sewaktu di set penggambaran.
Ben dan Intan juga amat pemurah kerana sering membelikan minuman tersebut untuk dibawa ke set agar dapat dinikmati bersama-sama dengan semua yang terlibat. Lagipun, sebenarnya semua orang di set merupakan ‘hantu’ kopi.
8. Kesemua barisan pelakon yang terlibat dengan drama Tikam ini mempunyai hubungan yang amat rapat.
Sehingga hari ini, tidak ada sesiapapun yang meninggalkan group chat di aplikasi Whatsapp walaupun penggambaran sudah lama tamat.
Kebiasaannya, semua akan leave group sejurus selepas tugasan tamat.
Saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro Go dan On Demand.
Dapatkan kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Must-Watch Video