Hiburan
Coretan Anak Azhar Idrus Meruntun Hati Netizen -"Terima kasih Abi & Umi Kerana…”
Coretan anak kepada penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus di TikTok menyentuh hati netizen apabila nurkilan remaja berkenaan dikatakan bernar-benar disampaikan daripada hati.
BERITA BERKAITAN:“Bapanya Pun Juara Hilang Barang, Sejenis Pelupa” - Leona Kerap Lupa, Rupanya Ikut Perangai Azhar Sulaiman
BERITA BERKAITAN:Anis Al Idrus Nikah Semalam, Terima Mas Kahwin Sebanyak 300 Dolar Brunei
Perkongsian itu dikongsi selepas pendakwah terkenal itu dilihat menghantar Ash atau Muhammad Rasydan Rayyan, 19, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) baru-baru ini.
"Ini rahsia tuhan yang ingin saya ceritakan, umi dan abi.
"Kepada umi abi. Terima kasih kerana mengajar Ash menjadi kuat sebagai anak sulung daripada tiga adik-beradik.
"Terima kasih jugk abi umi menanggung makanan Ash, Ash tidak pernah meminta tapi abi dan umi bagi sahaja tanpa ditanya," luahan remaja berkenaan.
Dalam pada itu, anak lelaki pendakwah terkenal itu juga menitipkan maaf kepada kedua orang tuanya.
"Ash minta maaf atas dosa besar dan kecil dari dulu sampai sekarang. Ash selalu rindu umi abi ketika kalian tidak bersama Ash.
"Terima kasih umi abi sudi hantar Ash ke kolej dan sudi angkat barang. Ash suka sangat momen ini, tidak tahu bagaimana nak terangkannya.
“Umi dan abi, doakan kejayaan Ash," ringkasnya.
Menerusi hantaran yang lain, Ustaz Azhar turut dilihat melawat anaknya di institusi berkenaan.
Dalam pada itu, menjengah ke TikTok milik Ash, rata-rata netizen mendoakan kejayaannya.