Ramai selebriti memuat naik pelbagai gambar sempena menyambut Aidiladha termasuk personaliti TV jelita, Aina Suzaily yang berkongsi satu foto dia memegang parang berlatarbelakangkan lembu korban.

Bagi kebanyakan selebriti lebih memilih foto ketika pernah mengerjakan umrah atau haji di Tanah Suci dimuat naik semula ke media sosial dengan status ucapan selamat hari raya Aidiladha.

Foto Aian pula mungkin dianggap biasa dan tiada beza dengan gambar individu lain yang merakam kenangan ketika melakukan ibadah korban.

Namun, status pada gambar tersebut membuat netizen di media sosial terhibur sehingga mengusik selebriti itu di ruangan komen.

"Curang dengan saya? nampak lembu kat belakang tu. Selamat hari raya Aidiladha semua!," katanya menerusi Instagramnya, @ainasuzaily, hari ini.

Cheat on me? Nampak lembu kat belakang tu ??. Selamat hari raya Aidil Adha semua! #happyeidadhamubarak . ? @nikaimanisyraaf

A post shared by A i N Å S U (@ainasuzaily) on


Bagi salah seorang netizen dikenali sebagai @kangenamin memberi komen aksi selebriti itu agak menyeramkan.

"Lembu tu cheat awak ke sebelum ni ?," kata @_adeefaieman.

Ramai netizen juga memuji kejelitaan selebriti itu yang anggun bersama jubah hitam dan berhijab.

Namun, ada juga komen yang mengusik personaliti itu dengan lembu korban berkenaan.

"Yang kak p couple dgn lembu tu kenapa.?," komen netizen @manz_zainal

Teks oleh: Elrafaei Sapi