Laman Utama

"Couple Disanjung, Yang Dah Kahwin Dihina" - Yonnyboii Sentap Baca Komen Netizen Kutuk Isteri Tak Bertudung?

gempak
Amri Hassan
24/05/2022
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Couple Disanjung, Yang Dah Kahwin Dihina" - Yonnyboii Sentap Baca Komen Netizen Kutuk Isteri Tak Bertudung?
Penyanyi rap Yonnyboii meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen yang suka mencari kesalahan isterinya, Nik Nazira susulan tindakannya yang sudah tidak lagi berhijab.
Tulis Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Nuriman Nor Azrin di Instagram Stories, dia hairan apabila netizen lebih sanjungi pasangan bercinta berbanding suami isteri.
"Dunia terbalik, couple disanjung, yang dah kahwin dihina.
"Memang satu je dosa dalam Al-Quran ker? Tak bertudung sahaja? Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang?
"Mulut celupar sesama manusia maki hamun memang auto pahala masuk syurga ke?
"Ingat, dosa sesama manusia, kena minta maaf. Jangan rasa power dah maki hamun buat orang terguris hati. Tak tentu dimaafkan," tulis Yonny.
Tulisan Yonny itu dipercayai ditujukan kepada netizen yang telah mengguris hatinya dengan komen negatif di Instagram selepas memuatnaik fotonya bersama isteri ketika sambutan hari jadinya malam tadi.
Yonny dalam hantaran di Instagram Stories turut berkongsi petikan ayat suci Al-Quran tentang teguran beradab dan perlakuan mencari kesilapan orang lain.
"Cakap pasal dosa ni, yang kutuk-kutuk tu thankslah kasi pahala dekat orang sampai sanggup gadai diri untuk dapat dosa," tambahnya.
Bagaimanapun, usaha Gempak untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari Yonny gagal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live