Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Of Course Tak Boleh Kaya Guna Cara Haram" - Serina Redzuan Bengang Gambar Diguna Tanpa Kebenaran

Asraf Aided
31/05/2019 08:32 MYT
Pelakon dan pengacara Serina Redzuan berasa kesal dengan tindakan peniaga karipap yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran bagi tujuan promosi.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Serina, dia pernah menegur peniaga tersebut sebelum ini namun tegurannya itu tidak diendahkan.

"Ini kerja manusia tak bertanggungjawab, ambil kesempatan saya sebagai artis, sesuka hati buat bunting pakai gambar saya semata-mata nak lariskan karipap dia.

"Bertahun dah dia guna gambar ni, dulu niaga di pasar malam Damansara pun saya dah arahkan orang tegur, dia masih lagi pakai.

"Allah nak tunjuk, saya berjalan di di Bazar Ramadan Melawati terserempak depan mata terus, saya tegur cara baik, dia kata dia tak tahu dan guna alasan bodoh!

"Dah pernah tegur dulu, paling biadab makcik ni boleh jawab "TAK BOLEH KAYA PUN SAYA GUNA GAMBAR YOU!" tulis Serina.

Dalam pada itu Serina turut memberi amaran terakhir kepada pihak peniaga terbabit.

"Of course tak boleh kaya guna cara haram dan tak minta izin saya, jangan sampai saya saman, ini amaran terakhir," tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut membaca perkara itu.

Ini kerja manusia Tak bertanggungjawab..amik kesempatan eksploitasi I sebagai Artis, sesuka hati buat bunting pakai Gambar Serina & Nama semata Mata nak lariskan Karipap dia. Bertahun dia dah guna Gambar ni, dulu niaga di pasar malam Damansara pun I dah arahkan org tegur dia masih lagi pakai. Allah nak tunjuk today I Jalan di Bazar ramadhan melawati terserempak depan mata terus. I tegur cara baik. Dia kata dia Tak tau Tak boleh guna ,alasan bodoh! Dah pernah tegur dulu. Paling Biadab makcik ni Boleh menjawab kata " TAK BOLEH KAYA PUN SAYA GUNA GAMBAR U!" Of coz Tak boleh Kaya guna cara Haram & Tak minta izin I..rezeki Tak berkat! Jangan sampai I saman u. Last warning. Pls jangan percaya I Tak pernah Ada produk Karipap besar jual di Bazar Mana Mana. Org sampai keliru text me kata I Ada beli dah Karipap besar produk u . Inilah akibat sesuka hati Pakai nama & Gambar Selebriti. #bukanproduksaya #jangantertipu #peniagatakjujur #viral

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on


Sedikit info mengenai Serina, anak kepada Datuk Chef Wan ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2002 dan masih bergiat sehingga kini.
#Serina Redzuan