BERITA
Cover Lagu Gemilang, Kumpulan IN2IT Curi Perhatian Peminat
Kumpulan K-pop IN2IT berjaya mencuri perhatian peminat apabila memuat naik video menyanyikan semula lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor.
Uniknya, IN2IT berjaya menyanyikan lagu itu dengan baik sekali dalam bahasa Melayu dan menyelitkan unsur rap dalam nyanyian mereka.
Netizen juga memuji kepetahan cara sebutan bahasa Melayu anggota IN2IT walau hakikatnya mereka berasal dari Korea Selatan.
Video nyanyian IN2IT di Youtube kini telah mencecah 93,058 tontonan dan 1,533 komen yang rata-rata memuji kehebatan mereka.
"Sangat rare bila Korean group menyanyikan lagu dari Malaysia. Isaac thank you so much for making our country proud,"tulis Norlela.
"Salah tak kalau aku cakap aku nak menangis bila tengok bende ini? Bangga kot orang cover lagu Malaysia. Thanks Isaac!," tulis Adilah.
"Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga dengan mereka dan nyanyian mereka ini sangat baik berbahasa Melayu. Tahniah diucapkan," tulis Zamrie.
"Suara dia memang macam orang melayu dalam lagu ni, saya pasti rakyat Malaysia yang mendengarkan ini pasti terharu dan bangga," tulis Zakia.
"Diaorg memang bagus, sebab diaorg bukan sahaja menyanyikan lagu Malaysia jer tapi diaorg jugak nyanyi lagu China. Diaorg macam bagi penghargaan dengan cover semua lagu tu dan buat video sempena diaorg buat Asia Tour tahun lepas," tulis Azwani.
IN2IT dianggotai oleh Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, Lee In-pyo, Kim Jin-sub, Kim Sung-hyun dan Isaac Voo yang berasal dari Malaysia.