Malaysia mencatatkan sebanyak 1,096 kes baharu pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah sebanyak 54,775 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,843 kes.



Daripada jumlah kes tesebut, Selangor masih mencatat penularan tertinggi dengan 603 kes, diikuti Sabah dengan 311 kes dan Kuala Lumpur (30 kes).

Perak pula mencatatkan 55 kes sementara Pahang, Terengganu dan Sarawak tiada kes baharu direkodkan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, Malaysia turut mencatatkan sebanyak 1,104 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 41,597 kes.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terengganu, Melaka serta Kedah kecuali Kulim ditamatkan mulai 20 November. PKPB di Johor juga ditamatkan kecuali Kota Tinggi dan Mersing.

Manakala seluruh negeri Kelantan akan dikenakan PKPB mulai semalam sehingga 6 Disember


Sumber: Astro Awani