COVID 19: 1,472 Kes Baharu, 3 Kes Kematian Dan 1,552 Kes Sembuh Pada 1 Disember 2020

Badrul Hashim
Disember 1, 2020 10:57 MYT
Berikut merupakan status terkini Covid 19 pada 1 Disember 2020, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kes sembuh pada hari ini adalah 1,552 dan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan kepada 56,311 orang.
Terdapat 1,472 kes baharu yang berlaku di mana 1,467 daripadanya adalah kes tempatan dan 5 pula adalah kes import.
Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kes kematian pada hari ini menjadikan jumlah kematian kepada 363 orang.
Terdapat 120 kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 44 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kredit Info/Gambar: Facebook KKM
#COVID 19 #1 Dec 2020 #Status Terkini