Sejumlah 1,683 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter peribadinya memaklumkan, negeri Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 746 jangkitan baharu.
Sementara negeri-negeri lain yang turut mencatatkan tiga digit kes COVID-19 hari ini adalah Sarawak sebanyak 201 diikuti Pulau Pinang (172), Johor (158) dan Kuala Lumpur (125).
Sementara Sabah mencatatkan 99 kes, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing 48 kes.
Negeri Perlis yang sekian lama mencatatkan kes harian satu digit hari ini merekodkan 24 kes baharu.
Negeri yang mencatatkan bawah 20 kes adalah Kedah (15), Kelantan dan Pahang masing-masing 12 kes dan Terengganu 10 kes.
Sementara Labuan catat lapan kes baharu, diikuti Melaka dengan tiga kes dan Putrajaya terendah, iaitu dua kes.
Sementara itu, Dr Noor Hisham melaporkan terdapat tiga kes kematian terbaharu dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kematian adalah 1,169 kes.
Jumlah kes sembuh hari ini hampir dua kali ganda dari kes baharu apabila sejumlah 2,506 kes sembuh baharu dilaporkan.
Ia menjadikan kumulatif kes sembuh hingga hari ini adalah 291,958 kes.
Sumber: Awani
Foto: The Straits Times
Amri Hassan
Sun Mar 07 2021
.jpg?ext=.jpg)

COVID-19: Kes Naik Lagi! Sarawak Catat Hampir 1,000 Kes
Sebanyak 2,551 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 370,528 kes.

#MamiPiqahCorner: Kanak-Kanak Mati Kerana Dipaksa Berpuasa…Nak Didik Ke Nak Dera Anak?
Anak-anak berpuasa seawal usia berapa?

Jirus Air Cium Kaki Lelaki, Babak Lakonan Ellie Suriaty Dalam 'Ayat Dari Langit' Jadi Bualan Ramai!
Jangan tiru aksi ini!

Nagita Slavina Hamil Anak Kedua, Raffi Ahmad: "Alhamdulillah GOLLLL.."

Son Ye Jin Bakal Muncul Dengan Naskah Baru? Okay Ni Memang Tak Sabar!
Nama pelakon Korea popular, Son Ye Jin disebut bakal membintangi karya terbaharu terbitan JTBC berjudul Thirty-Nine.

Yusuf Iskandar Dah Pandai Berlakon Iklan, Netizen Suka! - “Tinggal Daddy Je Nak Ajar Dia Fighting”
Besar dah Yusuf.

Isuzu D-Max Serba Baharu Lancar Secara Rasmi - X-Terrain Varian Flagship Harga RM141,938
Ia ditawarkan dengan tujuh varian dari single cab atau double cab serta dua pilihan enjin RZ-4E 1.9 liter atau 4JJ-3TCX 3 liter.

Iftar Ala Queen - Episod 2
Bila instafemes masakan dan pesilat tersohor bergabung! okay tak tu madu-madu Mr Jay ni?? Agaknya menu apa Puan Nadia Naquyah dan Puan Fika nak masak harini?? Bukan senang nak tengok madu madu ni masak sekali..Jangan kuali yang terbang sudah ya! Hehehe enjoyyy! #GempakOriginalSeries #IftarAlaQueen #SyukurBersyukur #lembaranbaharu #MonthOfGood

Sajat Bikin Kecoh Lagi, Kali Ini Rantai Pula Jadi Perdebatan Netizen - “Mana Tau Salib, Lain Ler”
Tajam betul mata korang kan!

Polis Kesan Penerbit & Pelakon Iklan Raya Judi
Apa nak jadi?