Jumlah kes baru COVID-19 di negara kita merekodkan 10,972 kes hari ini.

Menerusi Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, bilangan kes baru itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 dalam negara mencecah 927,533 kes.

Selangor terus menjadi negeri dengan kes tertinggi sebanyak 4,404 kes untuk tempoh 24 jam lalu.

Ia diikuti Negeri Sembilan dengan 1,340 kes, Johor 876 kes, Kedah 705 kes, Sabah 651 kes, dan Kuala Lumpur sebanyak 609 kes.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak berbahaya ini.