Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Covid 19: 11, 034 Kes Hari Ini, Tertinggi Dalam Tempoh 4 Bulan! – KJ Buat Pengumuman Penting!

Fiza Kamarudin
07/02/2022 08:09 MYT
Kes baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila 11,034 kes dilaporkan hari ini berbanding 10,089 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,925,254 setakat ini.

Jangkitan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh empat bulan.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow.

Data harian laman Covidnow akan dikemaskini selepas tengah malam.

Sehubungan itu, beberapa pengumuman penting dijangka diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar petang ini.

Menerusi ciapan di Twitternya, perkara itu akan diumumkan menerusi sidang akhbar jam 5 petang.

"Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini," ciapnya pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan jemputan sidang akhbar Khairy sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian
#Khairy Jamaluddin #KJ #KKM #COVID-19 #Omicron
;