Jumlah kes COVID-19 harian di negara hari ini dilaporkan sebanyak 12,434 sekaligus mencatatkan peningkatan selama dua hari berturut-turut.

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter rasminya, daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, Sarawak kekal tertinggi dengan 2,967 kes.

Jumlah tersebut diikuti dengan Selangor (1,362), Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).

Perak pula mencatatkan sebanyak 971 kes, Pulau Pinang, 863 kes, Pahang, 663 kes, Kedah, 652 kes, Terengganu, 612 kes, Melaka, 375 kes, Kuala Lumpur, 284, kes dan Negeri Sembilan, 169 kes.

Tiga negeri yang mencatatkan kes dua digit adalah Perlis (79), Putrajaya (18) dan Labuan (5).

Selain itu, Dr Noor Hisham juga turut memaklumkan status kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) adalah pada kadar 64 peratus dan 56 peratus untuk katil bukan ICU.

Pada Isnin, netizen meluahkan rasa bersyukur melihat angka jangkitan baharu COVID-19 hari ini mencatatkan penurunan kes.

Sebanyak 10,959 kes dicatatkan menjadikan jumlah itu adalah yang terendah sejak Julai lalu.

Kredit foto: Azrul Rafie