Malaysia mencatatkan kes COVID-19 baru hari ini iaitu sebanyak 3,170.

Jumlah berkenaan dilihat sedikit menurun berbanding semalam iaitu sebanyak 4,029 kes.

Menerusi sidang media dijalankan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham, kes keseluruhan kini adalah sebanyak 172,549.

“Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah terus mencatatkan kes tinggi masing-masing sebanyak 545, 576 dan 401 kes.

“Kematian pula seramai 12 individu,” katanya.

Tambah beliau, kes sembuh hari ini sebanyak 2,490 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 130,152 kes.

Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.