COVID-19: 17,786 Kes Baharu, 5 Negeri Catat Lebih 1,000 kes

Fiza Kamarudin
Julai 31, 2021 09:30 MYT
Angka kes COVID-19 kembali meningkat berbanding semalam apabila 17,786 kes baharu dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,113,272.
Ini sekali gus merekodkan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan negara sejak dilanda pandemik itu tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan angka tertinggi penularan dengan sebanyak 6,400 kes diikuti Kuala Lumpur, 1,962 kes, dan Kedah sebanyak 1,389 kes.
#KKM #MKN #“Covid-19” #“Kes #Harian”