Sebanyak 19,268 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Isnin, menurun berbanding 20,579 kes yang direkodkan semalam dengan lima negeri mencatatkan angka melebihi 2,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,725,357.

Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,567 kes diikuti Sabah (2,310 kes), Johor (2,265 kes), Kedah (2,084 kes), Sarawak (2,028), Pulau Pinang (1,780 kes), Kelantan (1,308 kes) dan Perak (1,144 kes).

Sementara Perlis dan Putrajaya merekodkan kes baharu dua angka iaitu masing-masing 71 kes dan 41 kes manakala Labuan, hanya dua kes baharu dicatatkan pada Isnin.


Sumber: Astro Awani