COVID-19: 19,807 Kes Baharu, Pertama Kali KL Kurang Daripada 1,000 - "Baguslah, Tapi Jangan Longgarkan Lagi SOP"

Amri Hassan
Ogos 22, 2021 09:56 MYT
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 1,555,093 selepas 19,807 kes baharu dilaporkan pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 5,379.
Ia diikuti Sabah (2,638), Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391) dan Kelantan (1,196).

Sehingga 22 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,807 kes (1,555,093 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor -5,379 (557,510) WPKL - 999 (164,521) Sabah - 2,638 (121,956) Johor - 1,391 (120,939) Sarawak - 1,772 (98,300) Negeri Sembilan - 508 (88,356)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penurunan kes jangkitan harian itu mendapat reaksi ramai yang terus mendoakan kesejahteraan negara tercinta.
"Kuala Lumpur untuk pertama kalinya kes kurang daripada 1,000.
"Sarawak kalau terus macam ni kena balik ke fasa 1 ker ni?
"Selangor dah kurang banyak tu...
"Datuk Seri Ismail Sabri angkat sumpah terus turun kes. Tanda pemimpin disenangi rakyat.
"Baguslah tapi jangan longgarkan lagi SOP. Penat nak tunggu lagi terutama sejak PRN Sabah buat hal," ciap beberapa pengguna di Twitter.
#Viral #KKM #Jangkitan #COVID-19 #DG Hisham