Kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan jumlah sebanyak 2,192 dalam tempoh 24 jam, lapor AWANI.

Dengan jumlah tersebut, tiga daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 285,761.

Bagaimanapun jumlah pesakit yang sembuh daripada COVID-19 juga menunjukkan peningkatan dengan 3,414 kes dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini sebanyak 252,623.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam tempoh 24 jam lalu juga, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan ialah sebanyak 32,076 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pertambahan sebanyak enam kes kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,062 kes.

Setakat ini, sebanyak 199 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Foto: Astro AWANI