Malaysia masih lagi merekodkan empat angka jangkitan COVID-19 terbaharu hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 2,295 kes baharu COVID-19 dicatat menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 117,373.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hariannya memaklumkan, daripada jumlah itu, sembilan adalah kes import.

Pada masa sama, bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 3,321 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 94,492 kes (80.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sebanyak 135 kes yang dilaporkan berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.

Selangor terus mencatat kes harian tertinggi dengan 638 kes, diikuti Johor dengan 580 kes dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes.


Kes aktif ketika ini berjumlah 22, 398.

Sembilan kematian direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 483.

Manakala, sembilan lagi kluster baharu dikenal pasti membabitkan Johor, Selangor, Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Sumber: Astro Awani / Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Foto: Bernama