Sebanyak 2,364 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif 298,315 kes.

Berita itu juga diumumkan menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Bagaimanapun, sebanyak 3,320 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif sembuh adalah 270,166 kes.

Manakala sebanyak 10 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian 1,121 kes.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 190 kes dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 99 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Negeri Selangor masih lagi mencatatkan kes tertinggi sebanyak 862 kes, diikuti Johor 314 kes, Perak 305 kes dan Sarawak 255 kes.

Manakala Sabah 157 kes, Pulau Pinang 155 kes, Kuala Lumpur 117 kes diikuti Negeri Sembilan 74 kes.

Negeri Melaka, Pahang, Putrajaya, Terengganu dan Kedah pula masing-masing mencatatkan kurang daripada 70 kes.

Sumber: Astro AWANI, Facebook KKM

Foto: Bernama, Facebook KKM