Sebanyak 2,461 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 280,272 kes, lapor AWANI.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes baharu yang dilaporkan melibatkan penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi sebanyak 34,468,” katanya pada satu kenyataan pada Sabtu.

Selangor masih menjadi negeri tertinggi dengan pertambahan kes harian iaitu sebanyak 1,001 kes dan ini diikuti Kelantan, 257 kes dan dan Johor, 233 kes.

Kes kematian mencatatkan pertambahan sebanyak lapan kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,051 kes.

Setakat ini, sebanyak 207 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh merekodkan peningkatan sebanyak 4,782 kes menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 244,753 kes.

Sumber/Kredit Foto : Astro AWANI