Sebanyak 2,468 kes COVID-19 baharu yang direkodkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah 288,229 kes, lapor AWANI

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 30,475 kes.


Bagaimanapun jumlah penularan kes di Selangor masih lagi mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 932 kes, diikuti Johor (428 ), Perak (308), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing 155, Sarawak (133) dan Negeri Sembilan (100).

Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak 14 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,076 kes.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 4,055 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 256,678 kes.

Setakat ini, 196 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 92 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber / Foto: Astro AWANI / KKM