Malaysia mencatatkan 2,897 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,746,833.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 35 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,369 individu.

Jumlah itu juga termasuk enam kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Untuk berita lanjut, layari ASTRO AWANI