Kes Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan sedikit penurunan dengan sebanyak 20,579 kes direkodkan.

Jumlah itu agak ketara jika dibandingkan semalam iaitu sebanyak 22,597 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes kumulatif pula sebanyak 1,706,089.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 4,591 diikuti Sabah 2,2678 dan Sarawak 2,522.

Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 4,591 (596,057)

WPKL - 680 (171,564)

Sabah - 2,578 (142,939)

Johor - 1,852 (134,223)

Sarawak - 2,522 (112,245)

Kedah - 1,755 (95,016)

Negeri Sembilan - 329 (90,992)

Pulau Pinang - 1,378 (82,979)

Kelantan - 1,316 (74,739)

Perak - 1,208 (65,745)

Melaka - 636 (47,746)

Pahang - 839 (42,547)

Terengganu - 789 (32,340)

WP Labuan - 2 (9,806)

WP Putrajaya - 48 (5,332)

Perlis - 56 (1,819)

Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-ratanya masih tidak berpuas hati dengan jumlah kes yang dilaporkan.

Pun begitu, ramai juga yang bergembira apabila ada negeri yang kesnya semakin berkurangan.

“Alhamdulillah nampak sesetengah negeri makin kurang kes”.

“Cepatlah masuk fasa tiga, tak sabar”.“Sarawak nak pintas Sabah, kes makin tinggi,” tulis beberapa netizen.