Negara mencatat 3,386 kes COVID-19 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara mencapai 2,761,472.

Jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Dalam satu laporan lain, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kes varian Omicron di negara ini setakat 31 Disember lalu.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, statistik terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan penularan varian membimbangkan (VOC) adalah sebanyak 64 kes.

Daripada 64 kes jangkitan COVID-19 varian Omicron, sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah.

"KKM ingin memaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 1,077 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara dari 21 hingga 29 Disember 2021.

"Sebanyak 966 daripadanya telah menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS).

Untuk berita lanjut, layari AWANI