Malaysia masih mencatatkan kes baharu dengan purata yang sama hampir sama setiap hari iaitu sebanyak 3,499 kes positif baharu COVID-19 direkodkan harini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 261,805 kes dan 51,558 kes aktif.

Daripada jumlah tersebut, 3,498 adalah kes tempatan dengan 1,871 adalah warganegara dan 1,627 bukan warganegara serta satu kes import melibatkan bukan warganegara.

Selangor kekal mencatatkan jumlah kes positif baharu paling tinggi dengan 1,345 kes dengan jumlah keseluruhan 85,840 kes.

Kes Kematian hari ini menurun iaitu sebanyak lima kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 958 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sementara itu, kes sembuh pula adalah sebanyak 3,515 kes, menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah 209,289 kes atau 79.94 peratus.

Seramai 263 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Kecemasan (ICU) dengan 118 menerima bantuan alat pernafasan.