Negara melaporkan 3,543 kes baru COVID-19 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,776,699.

Jumlah kes mengikut negeri dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengamalkan pelbagai langkah pencegahan wabak berbahaya ini.

Sumber: Astro AWANI