Malaysia mencatatkan 3,573 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,758,086.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 34 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,462 individu.

Jumlah itu juga termasuk 11 kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Untuk berita lanjut, layari AWANI