Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 3,733 kes jangkitan baru COVID-19 di negara pada hari ini.

Daripada angka tersebut, 3,727 merupakan kes tempatan manakala enam kes import.

Pada hari ini juga, sebanyak 26 kematian lagi dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,683 kes kematian direkodkan.

Bagaimanapun, sebanyak 3,211 orang pesakit berjaya sembuh dan dibenarkan pulang.

Begitupun, sebanyak 37,060 kes lagi yang masih aktif dengan 416 pesakit daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 216 individu lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kini, Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 440,677 kes setakat 9 Mei 2021.