Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia menyaksikan penurunan enam kes berbanding semalam.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 1,213 kes baru dicatatkan hari ini berbanding 1,219 kes semalam.

Pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini adalah 328,466 kes.

Daripada angka tersebut, Selangor masih mencatat jumlah harian tertinggi iaitu 353 kes.

Sarawak pula negeri kedua tertinggi iaitu 303 kes, Johor (142 kes), Pulau Pinang (104 kes) dan Sabah (73 kes).

Kematian pula mencatatkan sebanyak tiga kes hari ini.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!