Sebanyak 375 kes baharu Covid-19 lagi dicatatkan hari ini.

Dukacitanya juga lima kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 146 kes.

Sabah pula kembali sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 271 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (36 kes), Kedah (16 ), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan (masing-masing10), Sarawak (6), Johor, Perak dan Terengganu (masing-masing 5), dan Putrajaya (masing-masing 2) manakala satu kes di Melaka dan Pulau Pinang.

Jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 14,368.

Dalam pada itu, hari ini dua pusat beli belah turut mempunyai kes Covid-19 dikesan.

Setia City Mall


Menerusi sebuah kenyataan, pihak Setia City Mall Shah Alam b berkata salah satu penyewa mereka iaitu Fitness First telah memaklumkan terdapat ahli kelab disahkan positif wabak COVID-19.

Susulan daripada itu, kakitangan pusat kecergasan berkenaan yang telah bertugas telah menjalani ujian pemeriksaan COVID dan akan menjalankan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Parkson Elite 1 Utama


Seorang perunding kecantikan dekat Parkson Elite di pusat membeli belah One Utama, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan pada Rabu.

Menurut Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di facebook memaklumkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.

Penularan wabak Covid-19 di pusat membeli belah sudah berlesuasa sejak seminggu lalu di beberapa lokasi. Gempak nasihatkan agar anda elak untuk ke pusat membeli belah buat masa ini untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

Kredit Foto: HRM Asia