Sebanyak 4,284 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 226,912 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak enam kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 48,309 kes“, katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan sebanyak 18 kes kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 809 kes.

Selangor masih kekal negeri tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 1,572 kes disusuli Johor sebanyak 964 kes dan Kuala Lumpur 651 kes.

Setakat ini, sebanyak 307 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 141 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh terus catat peningkatan sebanyak 3,804 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 177,794 kes.

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia)