COVID-19: 4,624 Kes Baharu, 44 Lagi Kematian

Azwa Rahman
Disember 11, 2021 10:25 MYT
Malaysia merekodkan 4,626 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara kepada 2,688,149.
Dalam pada itu, berdasarkan data COVIDNOW, kadar kematian setakat tengah malam semalam merekodkan pertambahan sebanyak 44 lagi kes kematian.
Ini juga termasuk dengan 10 kes kematian brought-in-dead (BID).

Pada 11 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,626 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,688,149 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #COVID-19 #Angka kes harian