Malaysia menunjukkan penurunan kes COVID-19 dua hari berturut-turut apabila 4,949 jangkitan baharu dilaporkan sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 662,457.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor bagaimanapun masih kekal dengan rekod kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,523 kes diikuti Sarawak (744 kes) dan Kuala Lumpur (503 kes).

Berikut merupakan pecahan kes bagi setiap negeri:

Selangor - 1,523

Kuala Lumpur - 503

Sabah - 273

Johor - 430

Sarawak - 744

N Sembilan - 323

P Pinang - 214

Kelantan - 214

Perak - 136

Kedah - 199

Melaka - 119

Pahang - 61

Terengganu - 86

WP Labuan - 113

WP Putrajaya – 10

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar rumah.

Selain itu, amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.

Kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.