Jangkitan kes baharu COVID-19 turun ke 5,047 pada Sabtu berbanding 5,230 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, tiga daripadanya merupakan kes import.

Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 42,481, tambahan sebanyak 1,273 kes.

Menurut portal COVIDNOW, empat kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,848.

Satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, 40,923 individu atau 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala 1,449 pesakit dirawat di hospital dengan 60 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sumber: Awani