Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 5,218 kes jangkitan baru virus COVID-19 di negara pada hari ini.

Berdasarkan perkongsian KKM, daripada jumlah tersebut Selangor masih merekodkan sebanyak 1,989 kes. Jumlah terbabit kelihatan menurun berbanding semalam iaitu 2,212 kes.

Seterusnya diikuti dengan Negeri Sembilan (629 kes), Kuala Lumpur (469 kes), Sarawak (409 kes) dan Perak (400 kes).

Sabah merekod sebanyak (258 kes), Johor (243 kes), Kedah (194 kes), Melaka (183 kes), Pahang (111 kes), Labuan (108 kes) dan Kelantan (101 kes).

Negeri yang mencatat kes di bawah 100 adalah Pulau Pinang (88 kes), Terengganu (23 kes), Putrajaya (8) dan Perlis iaitu 5 kes.

Sehingga kini, Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 739,266 kes setakat 28 Jun 2021.