COVID-19: 5,419 Kes Direkodkan, Selangor Dan Sarawak Paling Tinggi

Awani
Jun 15, 2021 08:45 MYT

Selepas merekodkan kes harian di bawah 5,000 kes semalam, hari ini jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kembali melebihi angka berkenaan.

Hari ini, sebanyak 5,419 kes baharu direkodkan dengan Selangor terus menjadi negeri mencatatkan kes tertinggi dengan 1,996 kes.

Sarawak pula menjadi negeri kedua tertinggi dengan merekodkan 718 kes disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 650 kes baharu.

Negeri Sembilan pula ketiga dengan 396 kes dan selebihnya Johor (366 kes), Kedah (252 kes), Kelantan (245 kes), Sabah (230 kes), Melaka (155 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (138 kes) dan Pulau Pinang (124 kes).

Sementara itu, tiga negeri merekodkan jangkitan dua angka iaitu Perak dengan 68 kes baharu, Terengganu (43 kes) dan Pahang (32 kes).

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan lima kes baharu dan di Perlis, hanya satu kes baharu dicatatkan.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketika keluar rumah.

Selain itu, amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.

Kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.

#COVID-19