COVID-19: 5,516 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 Jam

Azwa Rahman
Oktober 20, 2021 08:47 MYT
Angka kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu adalah sebanyak 5,516 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini kepada 2,407,382 kes.
Jumlah itu mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam dengan 5,745 kes dilaporkan pada Selasa.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” kata Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ringkas menerusi media sosialnya sebentar tadi.

Sehingga 20 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,516 kes (2,407,382 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sumber: Astro Awani
Kredit foto: Reuters/Lim Huey Teng
#Malaysia #COVID-19 #Kes Harian