Malaysia mencatatkan 6,658 kes COVID-19 baharu pada Sabtu dengan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik ini melanda negara meningkat kepada 772,607.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah 3,047.

Ini diikuti dengan Negeri Sembilan (699), Kuala Lumpur (616), Johor (414) dan Sarawak (361).

Sementara itu, Perlis kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes positif paling rendah dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak dua.

Berikut perincian kes mengikut negeri:

Selangor - 3,047

Kuala Lumpur - 616

Negeri Sembilan - 699

Sarawak - 361

Melaka - 345

Johor - 414

Kedah - 145

Sabah - 322

Pahang - 200

Pulau Pinang - 142

Perak - 101

Labuan - 108

Kelantan - 89

Terengganu - 51

Putrajaya - 16

Perlis - 2