Jangkitan kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan penurunan iaitu dengan 9,066 kes berbanding hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu menerusi perkongsian terbaharu di akaun Twitter rasminya.

Jumlah tersebut menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini mencecah sebanyak 2,277,565 kes.

Bagaimanapun menurut beliau, Sarawak masih lagi menjadi negeri yang melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,418 kes, diikuti Selangor (1,000), Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767) dan Kedah (670).

Berikut merupakan senarai penuh pecahan jangkitan baharu kes COVID-19 hari ini:

Selangor - 1,000
Sarawak - 1,418
Sabah - 767
Johor - 981
WPKL - 201
Kedah - 670
Pulau Pinang - 620
Kelantan - 796
Perak - 669
Negeri Sembilan - 191
Pahang - 630
Melaka - 206
Terengganu - 827
WP Labuan - 0
WP Putrajaya - 24
Perlis - 66
Dalam pada itu, netizen juga turut mengucapkan rasa syukur dengan penurunan kes dan berharap dapat kembali berkurangan.



Kredit foto: Azrul Rafie