COVID-19: 9,066 Kes Baharu, Ramai Ucap Syukur Kes Makin Turun

Mya Amri
Oktober 3, 2021 09:24 MYT
Jangkitan kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan penurunan iaitu dengan 9,066 kes berbanding hari sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu menerusi perkongsian terbaharu di akaun Twitter rasminya.
Jumlah tersebut menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini mencecah sebanyak 2,277,565 kes.
Bagaimanapun menurut beliau, Sarawak masih lagi menjadi negeri yang melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,418 kes, diikuti Selangor (1,000), Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767) dan Kedah (670).
Berikut merupakan senarai penuh pecahan jangkitan baharu kes COVID-19 hari ini:
Selangor - 1,000
Sarawak - 1,418
Sabah - 767
Johor - 981
WPKL - 201
Kedah - 670
Pulau Pinang - 620
Kelantan - 796
Perak - 669
Negeri Sembilan - 191
Pahang - 630
Melaka - 206
Terengganu - 827
WP Labuan - 0
WP Putrajaya - 24
Perlis - 66

Sehingga 3 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,066 kes (2,277,565 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,000 (681,616) Sarawak - 1,418 (215,576) Sabah - 767 (200,396) Johor - 981 (199,167) WPKL - 201 (186,721) Kedah - 670 (136,789)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, netizen juga turut mengucapkan rasa syukur dengan penurunan kes dan berharap dapat kembali berkurangan.
Kredit foto: Azrul Rafie
#COVID-19 #Kes Harian