COVID-19 : Air Mata Pak Nil Tumpah...Mohon Orang Ramai Patuhi Arahan Kerajaan!

Hanafis Haris
Mac 19, 2020 05:34 MYT
Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi mengalirkan air mata ketika cuba menyampikan nasihat dan pesanan kepada pengikut di Instagramnya.
Pesanan itu dibuat menerusi siaran langsung di Instagram miliknya semalam.
Menerusi video berkenaan, Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil meminta supaya orang ramai mengikut segala arahan kerajaan.
"Esok kita bangun, biarlah jumlah orang dijangkiti turun. Tak perlu tunggu dua minggu esok pun mungkin boleh.
"Masa itu sujud dan syukurlah pada Allah," katanya.
Menurutnya, ini bukan ujian perseorangan sebaliknya kita lalui ini bersama.
"Setiap perlakuan kita ada kesan pada orang lain. Kalau kita bersatu, besok pun jumlah kes boleh turun.
"Kalau tidak bertambah baik, Pak Nil akan buat live setiap hari supaya orang tonton dan dengar arahan," katanya.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya memuji usaha Pak Nil memberi kesedaran berhubung isu COVID-19.
Kebanyakan mereka mengucapkan terima kasih atas tanggungjawab yang dilakukan.
#Viral #Aznil Nawawi #Viral #COVID 19