Kes harian COVID-19 di Malaysia hari ini masih mencatatkan jumlah empat angka iaitu sebanyak 5,271 kes baru.

Berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, Selangor kekal dengan jumlah kes harian tertinggi sebanyak 1,374.

Negeri kedua tertinggi adalah Sarawak dengan 703 kes, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 571 kes.

Jumlah kes keseluruhan di Malaysia setakat ini telah mencecah 622,086.


Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak berbahaya ini.

Kredit Foto: AWANI dari fail/Bernama