Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

COVID-19: "Baru Hari Pertama Boleh Dine-In!" - Kes Naik Lagi... 23,564 Jangkitan Baharu Dikesan

Amri Hassan
20/08/2021 08:56 MYT
Kes baharu positif Covid-19 terus melonjak kepada 23,564 pada Jumaat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kepada 1,413,024 kes.

Selangor kekal menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 6,974 kes.

Sementara itu, meninjau reaksi ramai berhubung kenaikan kes harian COVID-19, ada yang meminta kerajaan mengkaji semula untuk menukarkan kembali fasa Pelan Pemulihan Negara seperti yang telah diputuskan sebelum ini.

"Baru hari pertama boleh dine-in.

"Tan Seri DG Hisham, tolong downgrade Fasa PPN negeri-negeri yang terus mencatatkan kenaikan drastik dalam bilangan kes harian.

"Sabah dan Sarawak, varian lambda telah berada di Filipina. Harap sempadan Sabah dipeketatkan," demikian antara ciapan netizen.

Malah, ada juga yang berseloroh untuk berpindah ke Labuan memandangkan negeri itu mencatatkan hanya 1 kes baharu hari ini manakala Perlis mengesan 64 kes baharu.
#Viral #KKM #Jangkitan #COVID-19 #DG Hisham #Update
;