Kes COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan sedikit peningkatan apabila sebanyak 919 kes direkodkan.

Jumlah berkenaan sedikit bertambah jika dibandingkan jumlah dicatatkan semalam iaitu sekitar 822 termasuk tujuh kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes hari ini walau bagaimanapun masih rendah berbanding kes sembuh iaitu 996 kes.

“Kes baharu hari ini merangkumi Sabah (319), Negeri Sembilan (240), Selangor (174), P. Pinang (63), KL (49), Labuan (35).

“Pesakit sembuh pula sebanyak 996 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,069.

Menurutnya, pada sama Malaysia hari ini juga mencatatkan satu kematian kes COVID-10.

“Dengan duka citanya hari ini terdapat pertambahan satu kematian.

“Justeru jumlah kes kematian hingga kini adalah 303. Kementerian mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

“Selain itu terdapat kluster baharu (Sabah) dan tiga kluster tamat,” katanya.

Tambahnya, jumlah kes di Lembah Klang masih membimbangkan apabila ia sudah melebihi kes di Sabah.

“Jika digabungkan Negeri Sembilan dan beberapa lagi negeri di Lembah Klang, jumlah ini agak membimbangkan.

“Sabah kita lihat kes sejak empat hari lalu lebih stabil daripada minggu lepas.

“Diharapkan lagi seminggu dua kita akan dapat kawal negeri Sabah,” katanya.