Berita

COVID-19: “Buat Masa Ini Saya Disarankan…”- Dr. Zulkifli Dibenar Keluar Wad Hari Ini

Syafiqah Jalal
14/10/2020
09:51 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dibenarkan keluar dari wad hari ini selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
Pun begitu, Dr Zulkifli dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja,” katanya.
Beliau mengesahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Dr Zulkifli, beliau akan memantau semua gerak kerjanya dari rumah.
"Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.
"Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin," katanya lagi.
Pada 5 Oktober lepas, Dr Zulkifli telah disahkan positif COVID-19.
Dr Zulkifli turut berdoa rakyat yang menghidap COVID-19 segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta.
Dalam kemas kini terbaharu, Dr. Zulkifli memberitahu beliau sempat menyumbangkan buku tulisannya berjudul Inilah Doaku sebagai buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja'far.

Saya tak ada apa-apa nak berikan sebagai buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja'far yang menguruskan saya sepanjang menerima rawatan di sini sehingga pulih sepenuhnya hari ni. Saya doakan semua warga HTJ dimurahkan rezeki, dinaikkan pangkat, dikurniakan keluarga yang memahami, hati yang sabar dan jiwa yang kuat dalam perjuangan ini. Yakinlah Allah SWT menilai setiap titisan peluh dan air mata anda yang tertumpah demi perjuangan ini. Harap dengan sedikit sumbangan dari saya, beserta buku "Inilah Doaku" susunan saya, dapatlah ia menjadi kenangan berharga buat anda semua. Buku "Inilah Doaku" adalah antara buku yang teristimewa di hati saya. Saya mula menyusunnya seawal PKP untuk berkongsi dengan umat Islam, doa-doa yang ma'thur dan sesuai dengan suasana pandemik ini. Maha Suci Allah yang menggerakkan hati saya untuk menyusun doa ini; akhirnya turut saya amalkan sepanjang berada dalam rawatan COVID-19 di sini. Boleh muat turun secara percuma mira.gov.my/buku/

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.
Hiburan

"Dia Menangis Sebab Tak Boleh Telan Pun Kek" - Ira Mohd Amin Sambut Birthday Anak Di Hospital, Mohon Doa Dapat Lawan Penyakit ‘L’

gempak
09/07/2024
21:24 MYT
Pengacara, Ira Mohd Amin berkongsi momen anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) menyambut ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.