3,744 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara kini sebanyak 424,376 kes.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes import dikesan.

Turut dilaporkan jumlah kes yang sembuh adalah sebanyak 2,304 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 389,846 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menjadi sebanyak 32,939 kes," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah KKM, terdapat 17 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,591.

Bagi kes harian mengikut negeri, Selangor masih berada di kedudukan tertinggi sebanyak 1,548 kes diikuti Kelantan 480 kes dan Sarawak 419 kes.

Di bawah ini disertakan pecahan kes mengikut negeri: