COVID-19: Catat Penurunan, 18,762 Kes Baharu Hari Ini

Azwa Rahman
September 1, 2021 08:21 MYT
Sebanyak 18,762 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menurun berbanding 20,897 kes pada Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitternya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,765,016.

Sehingga 1 September 2021; Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 18,762 kes (1,765,016 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 3,711 (607,706) WPKL - 573 (173,812) Sabah - 2,430 (150,273) Johor - 1,993 (140,640) Sarawak - 2,414 (118,972) Kedah - 1,585 (100,627)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah beliau lagi, Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,711 kes diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Kedah (1,585) dan Pulau Pinang (1,762).
“Sebanyak 1,504 kes direkodkan di Kelantan, Perak (899), Pahang (715), Terengganu (506), Kuala Lumpur (573), Melaka (309), Negeri Sembilan (291), Perlis (33), Putrajaya (34) dan Labuan (3),” jelasnya.
#Malaysia #COVID-19 #Kes Harian Covid-19