Petugas hadapan Malaysia tampil memberi kata-kata semangat kepada rakan 'frontliner'di Indonesia selepas ada dakwaan mengatakan mereka hampir berputus asa.

Gambar frontliner yang menulis kata-kata semangat di baju dan sarung tangan itu viral sejak semalam.

Perkara itu sekali gus membuatkan orang ramai khususnya penduduk di Indonesia tersentuh.

Malah, ia juga telah menarik perhatian ramai warga Malaysia untuk sama-sama memberikan ucapan 'jangan putus asa' serta tanda pagar #IndonesiaBisa.

Anda boleh lihat antara kata-kata semangat penduduk Malaysia kepada Indonesia di bawah.

Untuk makluman, isu putus asa oleh frontliner Indonesia ini berlaku selepas terwujudnya tanda pagar #IndonesiaTerserah.

Sentimen itu dipercayai dimulakan oleh seorang petugas barisan hadapan di Indonesia pada 15 Mei lalu bagi meluahkan kekecewaan terhadap masyarakatnya yang gagal mematuhi penjarakan sosial dan membuat protes kepada polis, melarang mereka pulang ke kampung semasa perayaan Aidilfitri.

Sumber: Twitter, Sinar Harian